Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat merasmikan istiadat pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen ke-15. Foto Bernama.

Siapa PM diketahui hari ini?

ByDouglas Elliot

KUALA LUMPUR, 24 Nov: Kemelut pembentukan kerajaan serta pelantikan Perdana Menteri Ke-10 pasca Pilihan Raya Umum Ke-10 mungkin akan berakhir hari ini.

Ini berdasarkan perkembangan semasa di Istana Negara apabila Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengadakan perbincangan khas bersama Raja-Raja Melayu bagi merungkai kemelut berkenaan.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Seri Ahmad Fadli Shamsuddin semalam berkata, perbincangan khas itu bertujuan untuk membolehkan Seri Paduka mendapatkan pandangan Raja-Raja Melayu dalam membuat keputusan mengenai pelantikan Perdana Menteri.

Semalam, Seri Paduka turut menerima menghadap wakil pimpinan Barisan Nasional (BN) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Pada Selasa, Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, gabungan itu menolak cadangan pembentukan kerajaan dengan Pakatan Harapan (PH) kerana melanggar prinsip gabungan itu.

Perkembangan Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO malam tadi pula memutuskan untuk menyokong pembentukan kerajaan campuran yang bukan diterajui oleh PN.

Parlimen Malaysia kini dalam keadaan tergantung buat kali pertama apabila tiada gabungan politik yang menang majoriti mudah 112 kerusi untuk membentuk kerajaan.

PH menang 82 kerusi, diikuti PN sebanyak 73 kerusi manakala BN hanya menang 30 kerusi. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan