Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Semuja, John Ilus.

DUN Sarawak: Potensi Sarawak jana tenaga boleh diperbaharui daripada sisa kilang kelapa sawit

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

KUCHING, 24 Nov: Sarawak mempunyai banyak potensi mengembangkan industri kilang sawit kepada penjanaan tenaga yang boleh diperbaharui.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Semuja John Ilus optimis aspirasi ‘Untuk mencapai pertumbuhan mampan dan kemakmuran untuk Sarawak menjelang 2030’ sebagai pusat kuasa Asia Tenggara akan dapat dicapai.

“Saya juga yakin tenaga yang boleh dipercayai dan boleh diperbaharui dapat dihasilkan dengan harga berpatutan,” katanya.

John berkata demikian semasa perbahasannya mengenai Rang Undang-undang Perbekalan (2023) 2022, yang dibentangkan oleh Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada Isnin lepas (21 November) pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini.

Beliau menegaskan bahawa pelbagai jenis sisa pepejal dan cecair dihasilkan semasa proses pengilangan.

Termasuklah jelasnya sisa pepejal itu ialah tandan buah kosong (EFB), tempurung inti sawit (PKS), kek dekanter dan gentian mesocarp serta sisa cecair yang dikenali sebagai efluen kilang kelapa sawit (POME) yang dihasilkan daripada proses pemeluwapan, penjelasan dan pencucian kilang,” katanya.

Tambahnya lagi, sisa pepejal merupakan bahan biasa digunakan untuk menjana tenaga bagi operasi kilang kelapa sawit.

“Tenaga biasanya dihasilkan dengan membakar gentian mesocarp dan PKS dalam dandang biojisim untuk menjana stim untuk menggerakkan turbin stim,” ujarnya.

John turut menjelaskan bahawa Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) telah menguatkuasakan keperluan mandatori bagi semua kilang untuk memasang perangkap metana atau kemudahan mengelakkan metana menjelang akhir tahun 2023.

“Ini bagi mengelak pembebasan gas metana, gas rumah hijau (GHG) yang kuat ke alam sekitar.

“Metana yang ditangkap daripada pencernaan anarobik POME merupakan salah satu sumber tenaga boleh diperbaharui yang berpotensi tinggi untuk Sarawak,” tambahnya.

Sisa kilang sawit jana tenaga boleh diperbaharui

Lebih-lebih lagi, beliau berkata menggunakan POME untuk menghasilkan biogas adalah cara alternatif dan mampan untuk mengawal pelepasan GHG POME sambil memberikan manfaat ekonomi kepada kilang kelapa sawit di Semenanjung Malaysia.

“Oleh itu, kerajaan negeri mempunyai potensi untuk memanfaatkan tenaga boleh diperbaharui daripada metana yang dihasilkan oleh kilang kelapa sawit dengan sokongan kawal selia yang betul,” katanya lagi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment


Berita Berkaitan