Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengurus Besar Tabung Baitulmal Sarawak, Datu Abang Mohd Shibli Abang Mohd Nailie menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima pada Seminar Zakat Bahagian Sarikei, di Pusat Inovasi Sarikei (SIC) pada hari ini. Foto: TVS

RM68.74 juta agihan untuk asnaf sehingga 31 Oktober

SARIKEI, 23 Nov: Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) mengagihkan sebanyak RM68.74 juta kepada asnaf yang layak sehingga 31 Oktober tahun ini.

Pengurus Besar Tabung Baitulmal Sarawak, Datu Abang Mohd Shibli Abang Mohd Nailie berkata, agihan disalurkan melalui empat program utamanya iaitu Program Mengukuhkan Tradisi Keilmuan, Program Membangunkan Institusi Islam, Memantapkan Kebajikan Ummah dan Program Peningkatan Kemahiran Ummah.

Menerusi dana yang diperoleh, beliau menzahirkan penghargaan kepada pembayar zakat kerana menunaikan tanggungjawab kepada pihak TBS.

“Saya juga menyeru kepada masyarakat Islam dan agensi luar di seluruh Sarawak untuk bersama-sama menunaikan kewajiban dan tanggungjawab terhadap agama di samping membantu mereka yang kurang berkemampuan,” katanya pada Seminar Zakat Bahagian Sarikei, di Pusat Inovasi Sarikei (SIC) di sini, hari ini.

Majlis turut menyaksikan sejumlah RM2,790 diagihkan TBS kepada tiga penerima bantuan melalui Program Memantapkan Kebajikan Ummah, manakala sebanyak RM30,050 turut disumbangkan kepada penerima melalui Program Membangunkan Institusi Islam.

“TBS juga telah menyalurkan bantuan sejumlah RM7,500 melalui Program Mengukuhkan Tradisi Keilmuan,” jelasnya.

Program yang dikendalikan Pejabat TBS Bahagian Sarikei itu dihadiri lebih 300 orang peserta yang merupakan penduduk di sekitar daerah ini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan