Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
BCCK tampil promosi buffet Krismas dan Tahun Baru Cina.

Promosi buffet Krismas dan Tahun Baru Cina di BCCK

KUCHING, 23 Nov: Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) mengadakan pelancaran promosi bagi menu sempena sambutan Krismas dan Tahun Baru Cina bagi meraikan musim perayaan yang bakal tiba hari ini.

Majlis pelancaran itu disaksikan Pengerusi BCCK, Datuk Raziah Mahmud serta Pengarah Eksekutif, Tan Sri Datuk Amar Wilson Baya Dandot.

Bagi promosi Isthmus Krismas, terdapat pelbagai menu disajikan dengan harga yang menarik ditawarkan bermula seawal 1 Disember hingga 30 Disember ini.

Harga yang ditawarkan untuk tempahan dalam talian adalah serendah RM95 seorang untuk dewasa manakala RM50 untuk kanak-kanak.

Manakala bagi tawaran promosi Tahun Baru Cina yang bermula pada 21 Januari 2023 dengan tiga pakej tawaran berlainan, harga serendah RM98 untuk dewasa dan RM48 untuk kanak-kanak secara dalam talian.

BCCK juga turut menyediakan pakej ‘Prosperity Yee Sang Takeway’ dengan pilihan hidangan serendah RM38 bermula 1 Januari hingga 5 Februari 2023.

Majlis turut diserikan dengan penyampaian cenderahati oleh Ketua Pegawai Kewangan BCCK, Joseph Chung kepada Pengerusi BCCK , Datuk Raziah Mahmud serta kepada Pengarah Eksekutif, Tan Sri Datuk Amar Wilson.

Untuk maklumat lanjut mengenai promosi dan menu makanan boleh melayari laman web www.bcck.org.my/promotions atau hubungi Restoran The Raintree 082-392988 dan menghubungi nombor berikut 012-3005288.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan