Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Amihizam Abdul Shukor berkata sepasukan polis telah ditugaskan ke sana bagi mengawal situasi serta mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku. Foto Bernama.

Polis tingkatkan kawalan keselamatan di Pintu 2 Istana Negara

KUALA LUMPUR, 22 Nov: Polis mempertingkatkan tahap kawalan keselamatan di hadapan perkarangan Pintu 2, Istana Negara, di sini, petang ini bagi mengawal ketenteraman awam dan mengelakkan sebarang provokasi.

Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Amihizam Abdul Shukor berkata sepasukan polis telah ditugaskan ke sana bagi mengawal situasi serta mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

“Istana Negara ini merupakan simbolik kedaulatan negara maka kami akan melindunginya daripada sebarang insiden. Setakat ini, keadaan masih terkawal,” katanya kepada Bernama hari ini.

Sementara itu, tinjauan Bernama mendapati puluhan penyokong parti politik telah berkumpul di hadapan Pintu 2 Istana Negara sejak 4 petang tadi.

Selain itu, kelihatan empat buah trak pasukan Light Strike Force PDRM dikerahkan di Pintu 2 bagi mengawal ketenteraman awam.

Sabtu lepas, keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 menyaksikan Pakatan Harapan memperoleh 82 kerusi Parlimen diikuti Perikatan Nasional (73), Barisan Nasional (30), Gabungan Parti Sarawak (22), Gabungan Rakyat Sabah (enam), Warisan (tiga), Bebas (dua) serta Parti Bangsa Malaysia dan Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat masing-masing satu kerusi.

Majoriti mudah untuk membentuk kerajaan ialah 112 kerusi namun ketika ini berlaku situasi Parlimen tergantung apabila tiada parti atau gabungan politik mendapat majoriti mudah untuk membentuk kerajaan Persekutuan.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan