Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Istana Negara terus jadi tumpuan susulan kemelut pelantikan Perdana Menteri Ke-10 yang masih belum selesai. Foto Febright James (TVS)

Istana Negara terus jadi tumpuan

ByFebbright James

KUALA LUMPUR, 23 Nov: Istana Negara terus menjadi tumpuan hari ini susulan 30 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dititahkan menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pagi ini.

Bagaimanapun setakat ini, kelibat kumpulan berkenaan masih belum dilihat memasuki kawasan Istana Negara.

Malam tadi, Bendahari Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, mereka akan memohon kepada Yang di-Pertuan Agong bagi menangguhkan sesi menghadap.

Semalam BN memutuskan tidak menyokong Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH) untuk membentuk kerajaan sebaliknya memilih menjadi pembangkang.

Ini sekaligus menyaksikan pelantikan Perdana Menteri Ke-10 selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) masih belum berakhir.

Sementara itu, situasi di luar Istana Negara tenang dengan puluhan petugas media dalam dan luar negara berkumpul sejak pukul 8 pagi tadi untuk memberikan liputan terkini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan