KUALA LUMPUR, 23 Nov: Ahli Parlimen Santubong, Dato Sri Nancy Shukri memaklumkan, empat wakil rakyat Gabungan Parti Sarawak (GPS) hadir ke Istana Negara hari ini.
Mereka dijadualkan menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pagi ini.
“Wakil GPS yang hadir ialah Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Dato Seri Fadillah Yusof, Dato Sri Richard Riot Jaem dan Datuk Aaron Ago Dagang,”katanya kepada TVS.
Berita lanjut menyusul.-TVS