Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

DUN Sarawak: 7,000 menara telekomunikasi diperlukan bagi liputan penuh di Sarawak

ByAkma Salleh

KUCHING, 23 Nov: Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk Liwan Lagang berkata sekitar 7,000 menara dan struktur telekomunikasi perlu dibina bagi membolehkan liputan penuh telekomunikasi di seluruh Sarawak.

Menurutnya, setakat ini 3,471 menara dan struktur telekomunikasi telah siap dibina dan daripada jumlah itu, 3,186 telah beroperasi manakala 285 menara lagi dijangka beroperasi penuh pada suku kedua 2023.

Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak akan memastikan setiap kawasan mempunyai liputan termasuk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kalaka, jelasnya.

“Untuk makluman ADUN Kalaka sebuah menara telekomunikasi telah siap dibina di Sungai Engkabang, Roban dan dijangka beroperasi pada suku pertama pada 2023.

“Enam menara telekomunikasi yang baharu pula akan dibina (di kawasan DUN Kalaka) dan dijadual beroperasi pada suku keempat pada tahun 2023,” katanya ketika menjawab soalan Ahli DUN Kalaka, Mohamad Duri pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini, hari ini.

Menurutnya lagi, kerajaan Sarawak menerusi projek Sarawak Multimedia Authority Rural Telecommunication (SMART) Fasa 1 dan Fasa 2 di bawah program Sarawak Linking Urban, Rural and Nation (SALURAN) telah memperuntukkan untuk 600 menara akan didirikan.

7,000 menara dan struktur telekomunikasi perlu dibina

SMART Fasa 1 dijangka akan beroperasi pada suku kedua 2023 manakala Fasa 2 dijangka akan beroperasi menjelang hujung 2023.

Dalam pada itu, Liwan berkata, kerajaan Persekutuan turut memperuntukkan 742 menara baharu di bawah inisiatif Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) yang dijadualkan beroperasi secara berperingkat sehingga suku keempat tahun hadapan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan