Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menara Dato Onn menjadi tumpuan pengamal media berikut Mesyuarat Dewan Tertinggi BN berlangsung pagi ini. Foto: TVS

Tumpuan luar biasa di Menara Dato On

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR,22 Nov: Ibu Pejabat UMNO di Menara Dato Onn di sini menjadi tumpuan ‘luar biasa’ sejak pukul 10 pagi tadi.

Ratusan pengamal media termasuk dari luar negara berkumpul di sini untuk mengikuti perkembangan Mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN).

Mesyuarat yang bermula pukul 11 pagi tadi dijangka akan memutuskan pendirian BN mengenai gabungan politik mana yang akan disokong bagi membolehkan pembentukan Kerajaan Persekutuan selepas tiga hari Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) Sabtu lepas.

Sumber UMNO memberitahu, berkemungkinan BN tidak akan menyatakan sokongan kepada Perikatan Nasional (PN) atau Pakatan Harapan (PH) dan akan bergerak solo sebagai pembangkang.

Bayangan itu dikuatkan lagi dengan kenyataan Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan malam tadi yang mencadangkan agar PN dan PH bergabung membentuk kerajaan memandangkan BN sudah ditolak rakyat.

Sementara itu, seorang wakil Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang hadir di Menara Dato Onn memberitahu TVS, beliau positif ke arah kerjasama BN dan PH bagi membolehkan penubuhan kerajaan baharu.

“Namun kita tunggu perkembangan lanjut kerana pihak di sana (PN) juga tidak akan berdiam diri,”katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan