Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim. Foto: TVS

Tiada keputusan PM-10 atau PM Sementara – Anwar

ByDouglas Elliot

KUALA LUMPUR, 22 Nov: Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, belum ada sebarang keputusan mengenai Perdana Menteri Ke-10 selepas beliau menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara petang ini.

Ahli Parlimen Tambun itu berkata, selain itu beliau juga tidak dilantik sebagai Perdana Menteri Sementara oleh Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“Pihak Istana Negara memerlukan ruang dan masa sebelum membuat keputusan, juga dibangkitkan soal Kerajaan Perpaduan.

“Semalam saya juga bercakap perkara sama iaitu kerajaan yang ditubuhkan mestilah meliputi kesemua kaum, agama, bangsa dan wilayah,” katanya.

Terdahulu, Anwar Ibrahim tiba di Istana Negara kira – kira pukul 4.11 petang manakala Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba pada pukul 4.06 petang.

Istana Negara sebelum itu menitahkan supaya Anwar dan Muhyiddin untuk menghadap Seri Paduka pada pukul 4.30 petang selepas tiada Ahli Dewan Rakyat yang mendapat kepercayaan majoriti mudah.

Pilihan Raya Umum Ke -15 (PRU-15) Sabtu lepas menyaksikan tiada gabungan politik yang berjaya mendapat majoriti mudah 112 kerusi untuk menubuhkan Kerajaan Persekutuan. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan