Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Fatimah Abdullah bersama para pemimpin Wanita GPS lain di DUN Sarawak. Foto: TVS

Serah kepada Agong: Wanita GPS sokong keputusan Premier Sarawak

KUCHING, 22 Nov: Pergerakan Wanita Gabungan Parti Sarawak (GPS) menyokong keputusan Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang menyerahkan kepada Yang Di-Pertuan Agong dalam memilih Perdana Menteri baharu.

Ketua Wanita GPS, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, sokongan tersebut selari dengan pendirian GPS sebelum ini yang menegaskan bahawa mandat yang diberikan rakyat semasa Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) harus dihormati.

Dalam perkembangan sama, beliau berharap ada wakil Wanita GPS yang akan dilantik sebagai menteri penuh jika pembentukan kerajaan Persekutuan berasaskan kerajaan campuran.

“Perkara itu adalah prerogratif Perdana Menteri yang dilantik nanti dan bukan di bawah bidang kuasa kita dan kita lihat kemudian bagaimana keadaannya,” katanya pada sidang media di lobi Dewan Undangan Negeri Sarawak di sini, hari ini.

Terdahulu, GPS menyerahkan kepada kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam urusan melantik Perdana Menteri.

Pejabat Premier Sarawak hari ini berkata GPS menegaskan bahawa kepentingan negara adalah lebih diutamakan dan penubuhan kerajaan yang stabil mengambil kira kepentingan rakyat dan negara melebihi kepentingan peribadi. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan