Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Felow Kanan Majlis Profesor Negara, Dato Dr Jeniri Amir ketika ditemu bual dalam program terbitan TVS, Malaysia Decides. Foto: TVS

Sabah, Sarawak tidak boleh dipinggir dalam kerajaan Persekutuan baharu – Ahli akademik

KUCHING, 22 Nov: Sabah dan Sarawak tidak seharusnya dipinggirkan dalam pembentukan kabinet Persekutuan yang baharu, kata Felow Kanan Majlis Profesor Negara, Dato Dr Jeniri Amir.

Menurutnya, kerajaan yang bakal dibentuk selepas pelantikan Perdana Menteri kelak, wajar dirangka berdasarkan prinsip keterangkuman.

“Apalah (ertinya) Malaysia tanpa Sarawak dan Sabah, bagaimana mungkin kita hendak katakan ini kabinet Malaysia kalau kedua-dua wilayah ini tidak mempunyai wakil rakyat dari Sabah dan Sarawak,” katanya menerusi program bual bicara Malaysia Decides terbitan TVS, hari ini.

Dari aspek kepadatan penduduk Sarawak dan juga Sabah yang kira-kira enam juta orang, beliau percaya bahawa sekurang-kurangnya seorang lantikan timbalan perdana menteri dari wilayah Borneo adalah sesuatu yang wajar.

Mengulas lanjut, Jeniri berkata, Dato Sri Fadillah Yusof dan Dato Sri Alexander Nanta Linggi antara yang boleh dipertimbangkan untuk menjadi timbalan perdana menteri.

“Kedua-dua calon ini mempunyai keupayaan, kelebihan, kematangan politik, serta sudah menjadi menteri dan sebagainya telah diberi tanggungjawab yang besar di samping mendapat dukungan kuat dari rakyat,” ujarnya lagi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan