KUALA LUMPUR, 22 Nov: Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mencadangkan agar Barisan Nasional (BN) berperanan sebagai pembangkang.
Hishammuddin berkata, ketika ini terdapat banyak spekulasi namun pendirian beliau jelas iaitu tidak akan berkompromi.
“Saya bersedia untuk itu (menjadi pembangkang) dan apa sahaja yang terjadi saya tetap akan bersama UMNO,”katanya menerusi hantaran di media sosial.
BERITA LANJUT MENYUSUL -TVS