Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi. Foto: TVS

DUN Sarawak: Projek SAWAS di Lingga dijangka siap 2024

KUCHING, 22 Nov: Projek Bekalan Air Alternatif Sarawak (SAWAS) yang sedang dilaksanakan di daerah Lingga dijangka siap awal tahun 2024.

Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, projek tersebut dilaksanakan di Banting, iaitu dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Begunan.

“Ia masih dalam peringkat pelaksanaan dengan kemajuan fizikal sebanyak 10 peratus, tiada projek SAWAS dilaksanakan dalam DUN Lingga,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, hari ini.

Tambah Abdul Rahman, kawasan Maludam dan Triso sudah dibekalkan dengan air terawat yang berterusan dari Loji Rawatan Air Maludam.

Menjawab soalan tambahan mengenai cara mengatasi masalah bekalan dan tekanan air rendah di Maludam dan Triso, beliau berkata, satu projek jangka pendek telah dilaksanakan pihaknya.

“Cadangan kontrak asas prestasi bagi penyelesaian jangka pendek untuk  penyelesaian masalah bekalan air bersih di Bahagian Betong telah dilaksanakan oleh Kerajaan Sarawak.

“Projek tersebut bernilai RM10.25 juta dan mempunyai kapasiti sebanyak 4.5 juta liter sehari yang boleh memanfaatkan 1174 isi rumah di kawasan tersebut,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan