Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg. Foto: Pejabat Premier Sarawak

DUN Sarawak: Peruntukan awal RM8 bilion untuk Dana Kekayaan Berdaulat

ByAhmad Burhanuddin

KUCHING, 22 Nov: Dana Kekayaan Berdaulat yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak hari ini akan menerima peruntukan awal RM8 bilion selain peruntukan tahunan.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, peruntukan untuk dana ini akan diagihkan ke dalam Akaun Dana Pelaburan Dana dan diuruskan dengan teliti mengikut Mandat Pelaburan.

Peruntukan tahunan ialah RM300 juta setahun bermula tahun kedua hingga tahun kelima, RM550 juta setahun dari tahun keenam hingga tahun ke-10 dan RM650 juta setahun dari tahun ke-11 hingga tahun ke-20.

Beliau berkata demikian menerusi bacaan kedua, pembentangan Rang Undang-undang Dana Kekayaan Berdaulat 2022 pada persidangan DUN Sarawak di sini, hari ini.

Berita berkaitan  Rang Undang-undang Dana Kekayaan Berdaulat diluluskan

Abang Johari menambah, dengan peruntukan ini, dana tersebut dijangka berkembang secara mampan tanpa pengeluaran kecuali dalam keadaan sangat memerlukan yang mungkin timbul dalam tempoh 20 tahun ini atau apabila dana berprestasi lebih baik daripada sasaran.

“Mengenai dana berprestasi lebih baik daripada sasaran, iaitu terdapat lebihan pendapatan daripada dana melebihi penanda aras yang ditetapkan dalam RUU, ‘Board of Guardians’ boleh memindahkan lebihan pendapatan tersebut ke Akaun Dana Endowmen,” jelasnya.

Abang Johari menjelaskan lagi, wang dalam Akaun Kumpulan Wang Endowmen, yang akan dipindahkan ke Kumpulan Wang Disatukan Negeri dan dipegang di bawah Kumpulan Wang Amanah.

“Wang tersebut boleh digunakan untuk pendidikan rakyat Sarawak di institusi pengajian tinggi atau institusi lain yang diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri peningkatan taraf hidup rakyat Sarawak berdasarkan keperluan sosioekonomi.

“Selain itu, pembangunan bakat, kepakaran, dan kemahiran keusahawanan rakyat Sarawak dan apa-apa tujuan lain sebagaimana yang ditentukan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dalam pemberitahuan yang akan disiarkan dalam warta dan dibentangkan semasa persidangan DUN,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan