Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua UMNO Bahagian Ketereh, Tan Sri Annuar Musa hadir pada sidang media membantah kerjasama BN dengan Pakatan Harapan (PH) untuk menubuhkan kerajaan. Foto Firdaus Ismail (TVS)

Zahid Hamidi punca UMNO tewas – Annuar Musa

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 21 Nov: Ketua UMNO Bahagian Ketereh, Tan Sri Annuar Musa mendakwa, parti itu tewas teruk dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) disebabkan rakyat menolak Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Annuar berkata, penolakan itu kerana pengundi memberi isyarat yang mereka ‘tidak mahu’ pemimpin UMNO.

“…(pengundi) bukan tolak calon atau parti kerana gelombang undi orang Melayu tidak pergi ke PH (Pakatan Harapan) sebaliknya ke PN (Perikatan Nasional), mereka bukan hendak PN,”katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media yang dihadiri oleh beberapa Ketua UMNO Bahagian di seluruh negara di sini hari ini.

Terdahulu, mereka yang hadir menentang keputusan UMNO dan Barisan Nasional (BN) mengadakan perbincangan dengan PH untuk membentuk kerajaan kerana bertentangan dengan ketetapan parti yang menolak Datuk Seri Anwar Ibrahim dan DAP.

UMNO mencatatkan prestasi terburuk mereka dalam Pilihan Raya Umum apabila hanya menang 27 kerusi.

Parti itu tewas di kesemua kerusi di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu dan Melaka.

Sementara itu, Annuar berkata, pemimpin UMNO perlu mempunyai moral dan bertanggungjawab selepas parti menerima kekalahan.

“Seperti yang Najib (Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak) lakukan, demi kebaikan parti, beliau undur diri supaya parti bergerak ke hadapan.

“Ini membolehkan kita bernafas, jangan menggelupur dalam lumpur selepas tewas,” sindir Annuar. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan