Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
YDPA benung nyadung barang pemakai ngagai raban media ke gawa ba luar Istana Negara. Foto Faitullah Morni (TVS)

Tempoh ketua politik kemuka calon Perdana Menteri dilanjutkan esok

KUALA LUMPUR, 21 Nov: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah perkenan proses ketua parti politik kemukan gabungan parti-parti politik dan pencalonan bakal Perdana Menteri ke-10 dilanjutkan sehingga pukul 2 petang esok.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, perkenan Seri Paduka itu adalah susulan permohonan – permohonan yang diterima oleh Istana Negara daripada ketua-ketua politik dan gabungan parti politik hari ini.

“Yang di-Pertuan Agong turut mengingatkan bahawa pentadbiran negara masih berjalan seperti biasa di bawah pengurusan Perdana Menteri Sementara berdasarkan prinsip – prinsip yang ditugaskan bagi Kerajaan Sementara,”katanya menerusi kenyataan media. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan