Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Situasi semasa di Pintu C Istana Negara tenang dengan kawalan keselamatan oleh polis. Foto Faitullah Morni (TVS)

Siapa ke Istana Negara akan sumpah sebagai PM?

ByLuqman Muhammad

KUALA LUMPUR, 21 Nov: Susulan sidang media Barisan Nasional (BN) sebentar tadi yang gabungan itu tidak bersama Perikatan Nasional (PN) dalam rundingan membentuk Kerajaan Persekutuan yang baharu, timbul persoalan siapa yang akan ke Istana Negara untuk mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-10.

Istana Negara kini menjadi tumpuan pengamal media sejak awal pagi tadi berikutan tersebar maklumat yang Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin akan mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Ke-10 hari ini.

Muhyiddin semalam mendakwa beliau mempunyai sokongan mencukupi untuk menjadi Perdana Menteri selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) pada Sabtu lepas.

Kata Muhyiddin, sokongan itu termasuklah daripada Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gagasan Rakyat Sabah (GRS) dan Ahli Parlimen bebas.

Setakat ini, masih belum terdapat pergerakan kenderaan membawa Muhyiddin memasuki pintu C Istana Negara.

Sementara itu keadaan di sini juga tenang dengan kawalan keselamatan oleh pihak polis. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan