KUCHING, 21 Nov: Bendahari Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Hishammuddin Hussein sekali lagi menegaskan bahawa beliau tetap menolak kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) dalam membentuk kerajaan Persekutuan selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).
Beliau berkata beliau rela dipecat oleh parti namun tidak akan sesekali mengubah pendirian.
“No Anwar, No DAP – pihak yang merasakan boleh mengambil tindakan memecat saya kerana berpegang kepada pendirian ini, silakan,” katanya menerusi media sosial, hari ini.
— Hishammuddin Hussein 🇲🇾 (@HishammuddinH2O) November 21, 2022
Keputusan PRU-15 yang diadakan pada 19 Nov belum dapat membentuk kerajaan Persekutuan ekoran tiada parti yang mencapai majoriti mudah daripada 219 kerusi dipertandingkan.
Susulan itu parti-parti politik kini sedang dalam rundingan membentuk pakatan bagi mencukupkan kerusi Parlimen untuk penubuhan kerajaan Persekutuan. – TVS