Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Suasana terkini di sebuah hotel di ibu negara yang menjadi lokasi mesyuarat membabitkan pemimpin BN dan PH. Foto Douglas Elliot (TVS)

Mesyuarat BN dan PH cetus spekulasi kerjasama politik

ByDouglas Elliot

KUALA LUMPUR, 21 Nov: Mesyuarat khas membabitkan pemimpin Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) yang berlangsung di sebuah hotel di sini mencetuskan spekulasi mengenai kerjasama politik yang mungkin terbentuk membabitkan kedua-dua gabungan politik itu.

Pemimpin BN yang hadir termasuklah Pengerusinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Timbalan, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Selain itu mesyuarat berkenaan juga disertai oleh Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Datuk Seri Bung Moktar Radin dan 26 orang Ahli Parlimen BN.

Sementara itu, di pihak PH kelibat Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir bersama Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Setakat pukul 12 tengah hari tadi, Ahmad Zahid bersama Ismail Sabri telah meninggalkan perkarangan hotel manakala pemimpin PH masih berada di sini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan