KUCHING, 21 Nov: Satu kematian akibat COVID-19 direkodkan di Serian dalam tempoh seminggu lepas.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) turut memaklumkan 814 kes baharu direkodkan dalam tempoh tersebut.
“Daripada jumlah keseluruhan kes baharu itu sebanyak 795 kes dalam kategori satu dan dua manakala 19 kes dalam kategori tiga, empat dan lima.
📊Status terkini COVID-19 di Sarawak
— TVS (@tvstvmy) November 21, 2022
📉Minggu Epid. 46 (13 Nov – 19 Nov 2022)
8️⃣1️⃣4️⃣kes baharu (Keseluruhan 319,265)
1️⃣ kes kematian (Keseluruhan 1,775)#TVS122 #TVSNews pic.twitter.com/NlqWvWbMAl
“Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes COVID-19 meningkat sebanyak 319,265 kes sejak dilanda pandemik,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.
Daerah Kuching menjadi penyumbang kes tertinggi sebanyak 323 kes, diikuti dengan daerah Miri sebanyak 105 kes dan daerah Sibu sebanyak 89 kes. – TVS