Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Aum Kunsil Nengeri (DUN) Sarawak Ke-19.

Belanjawan Sarawak: RM2.3 juta untuk baiki landskap hutan

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

KUCHING, 21 Nov: Kerajaan Sarawak memperuntukkan RM2.3 juta dalam belanjawan negeri 2023 bagi meneruskan Program Pemulihan Landskap Hutan (FLR) bagi mencapai matlamat kelestarian alam sekitar negeri.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, program tersebut bertujuan untuk memulihkan integriti ekologi, meningkatkan produktiviti dan nilai ekonomi landskap hutan yang mengalami degradasi melalui aktiviti penanaman semula pokok.

“RM19 juta telah diluluskan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 untuk melaksanakan projek ini dengan 35 juta pokok disasarkan untuk ditanam dalam tempoh tiga tahun akan datang. Sehingga Ogos 2022, lebih 14.45 juta pokok telah ditanam,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Rang Undang-undang Perbekalan (2023), 2022 pada persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak di sini, hari ini.

Tambahnya lagi, Abang Johari berkata RM6.5 juta dicadangkan untuk Belanjawan 2023 bagi tujuan pemuliharaan dan perlindungan hidupan liar serta Kawasan Perlindungan Sepenuhnya (TPA).

“Setakat Jun 2022, sejumlah 872,386 hektar telah diwartakan dan Sarawak menyasarkan mencapai  sejuta hektar menjelang 2025,” katanya.

Abang Johari berkata lagi, tiga inisiatif Projek Rakyat yang diluluskan ialah Pusat Sehenti Rizab Semula Jadi Bukit Lima di Sibu, Pusat Penemuan Rizab Semula Jadi Piasau dan Program Publisiti Tapak Warisan Dunia UNESCO Taman Negara Niah yang kedua-duanya terletak di Miri. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan