Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg membentangkan Belanjawan Sarawak 2023 pada Penggal Pertama Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-19 hari ini. Foto: Tangkap layar Persidangan DUN Sarawak Ke-19

Belanjawan Sarawak 2023: RM1.12 bilion untuk pembangunan infrastruktur

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

KUCHING, 21 Nov: Sejumlah RM1.12 bilion diperuntukkan bagi pembangunan infrastruktur di Sarawak, antara peruntukan besar dalam Belanjawan Sarawak 2023.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, jumlah berkenaan akan melibatkan pembangunan jalan raya dan lebuh raya, jambatan, pelabuhan serta infrastruktur sungai khususnya di kawasan luar bandar.

“Antara pembangunan infrastruktur besar termasuklah reka bentuk dan pembangunan jalan raya di Inner Road, Kuching, pembinaan jalan raya dari Sibu Jaya ke Jalan Kong Yit Khim, Sibu, pembinaan jalan raya Pakan/Ulu Kota, Pakan, Sarikei (Fasa 3) dan penggantian tujuh jambatan sementara di bawah fasa 1 kepada jambatan kekal, menaiktaraf Jalan Oya, Sibu, kerja kecemasan untuk infrastruktur awam rosak, sungai jambatan Limbang, sungai Bunut No 2 dan jalan penghubung, Limbang, Program Transformasi Jambatan Luar Bandar, lapangan kenderaan serta kemudahan pelabuhan Senari, ” katanya.

Beliau berkata demikian semasa membentangkan Kewangan dan Ekonomi Baru melibatkan RUU Perbekalan (2023) 2022 pada Penggal Pertama Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-19 di sini, hari ini.

Tambahnya lagi, pembinaan beberapa projek infrastruktur utama yang menelan belanja bilion ringgit sedang dilaksanakan dan dibiayai di bawah inisiatif Pembiayaan Alternatif seperti Rangkaian Jalan Pesisir, Rangkaian Jalan Kedua, Lapangan Terbang Bukit Mambong, dan Sistem Pengangkutan Bandar Kuching.

Pada masa yang sama, beliau turut mendedahkan bahawa Kerajaan Negeri akan memastikan pembangunan berkenaan akan sampai ke setiap pelosok negeri bagi memanfaatkan potensi ekonomi tempatan dengan mempercepatkan agenda transformasi negeri.

“Justeru, tiga agensi pembangunan wilayah baharu telah diwujudkan iaitu Agensi Pembangunan Terkoordinasi Greater Kuching (GKCDA), Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA), dan Agensi Pembangunan Delta Rajang (RADDA).

“Ini juga selaras dengan pendekatan kami dalam memperkasakan dan mendesentralisasikan usaha pembangunan di semua wilayah untuk penyelarasan yang lebih baik dan pelaksanaan projek yang lebih efisien,” katanya lagi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan