Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kenyataan media oleh Perikatan Nasional (PN) berhubung sokongan mencukupi dimiliki Muhyiddin Yassin ketika ini.

Akuan Berkanun dihantar ke Istana Negara cukup sokong Muhyiddin jadi PM

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 21 Nov: Perikatan Nasional (PN) menjelaskan gabungan itu telah mengemukakan Surat Akuan Berkanun daripada Ahli-ahli Dewan Rakyat yang memberikan kepercayaan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk dilantik sebagai Perdana Menteri Ke-10.

Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, jumlah surat berkenaan melebihi 112, iaitu jumlah kepercayaan majoriti Ahli Parlimen yang diperlukan untuk dilantik sebagai Perdana Menteri.

Menerusi kenyataan media, Hamzah berkata, perkara itu berlandaskan Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan.

Sehingga kini masih belum jelas calon Perdana Menteri walaupun PN mendakwa mereka memiliki sokongan mencukupi untuk membentuk kerajaan.

Perkembangan pagi tadi pula Barisan Nasional (BN) menyatakan gabungan itu tidak pernah terlibat dengan perbincangan rasmi bersama PN untuk membentuk Kerajaan Persekutuan yang baharu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan