Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Wee Hong Seng (tengah) bersama Josephine (kiri) dan Danny Ooi bergambar bersama kek sempena ulangtahun yang ke- 25 syarikat Leaves Food Industries. Foto TVS.

‘Zero Hunger’ inisiatif Syarikat Leave Food bantu rakyat Sarawak

DEMAK LAUT, 20 Nov: Syarikat Leaves Food Industries pengeluar minuman jenama Leaves bercadang melaksanakan program diberi Zero Hunger kepada rakyat Sarawak yang memerlukan bantuan makanan pada tahun hadapan.

Ketua Pegawai Operasinya, Alan Chai Ming Lun berkata, cadangan itu merupakan agenda syarikat terbabit sebagai sumbangan semula kepada rakyat di Sarawak yang akan dilaksanakan tahun hadapan.

Menurutnya, selaku pengeluar jenama minuman terbesar di Sarawak, syarikat minuman yang telah berusia 25 tahun itu sentiasa perihatin terhadap sosio budaya di Sarawak dengan memberikan semula sumbangan menerusi penajaan kepada acara berskala kecil, sederhana mahupun besar.

“Jenama Leaves membantu memperkenalkan Sarawak kepada dunia luar menerusi pasaran minuman tersebut ke beberapa negara asing seperti di Singapura, Brunei, Hong Kong, China, Papua New Guinea dan Australia.

“Visi kita adalah supaya masyarakat di luar khasnya di luar negara mengenali Sarawak menerusi minuman jenama Leaves, ” katanya ketika ditemui  pada majlis perasmian ulangtahun syarikat itu di ibu pejabatnya di Demak Laut pagi tadi.

Hadir sama ialah Datuk Bandar Kuching Selatan, Datuk Wee Hong Seng, Pengasas Leaves Food Industries, Josephine Chang Bee Lian, Presiden Miss International, Tan Sri Datuk Danny Ooi dan Pengerusi Kumpulan YAST Esther Law Lee Poh.

Majlis ulangtahun syarikat itu turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran 40 Ratu Cantik Miss Tourism International.

Mengulas mengenai kejayaan Leaves membawa jenama dari Sarawak itu ke luar negara, Datuk Wee Hong Seng dalam ucapan perasmiannya berkata,kejayaan syarikat itu yang bermula sebagai sebuah perniagaan teh herba patut dijadikan contoh kepada rakyat Sarawak

“Penjenamaan semula syarikat Leaves oleh pengasas dan keluarga dari teh herba kepada produk sirup dan minuman seterusnya berjaya dalam memasarkan produk ini dalam dan luar negara adalah satu kebanggaan kepada negeri Sarawak, ” katanya.

Turut dilancarkan pagi tadi, dua produk baharu dari jenama tersebut iaitu kopi susu dan air kelapa. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan