Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari bersama kepimpinan tertinggi GPS pada sidang media di Ibu Pejabat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), di sini, hari ini. Foto: Zaim Zharfan (TVS)

Terkini: GPS kerjasama bersama PN, BN dan GRS bentuk kerajaan baharu

ByHafeezzur Muzamir

KUCHING, 20 Nov: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg hari ini mengumumkan Gabungan Parti Sarawak (GPS) bergabung dengan Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) untuk membentuk kerajaan Persekutuan.

Beliau berkata keputusan itu dibuat setelah GPS mengambil keputusan dan tindakan tersebut demi untuk mengukuh dan menstabilkan negara dan kesejahteraan rakyat.

“Kita semua sedia maklum bahawa tiada sesebuah parti mempunyai majoriti mudah bagi membentuk kerajaan setelah selesai Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) semalam,” katanya dalam sidang media di ibu pejabat PBB hari ini.

Abang Johari sahkan GPS bakal membentuk kerjasama bersama PN, BN dan GRS.

Rakyat telah memberi mandat tegasnya, maka selepas ini kerajaan harus bertanggungjawab kepada kestabilan negara memandangkan tahun hadapan dunia berhadapan dengan krisis ekonomi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan