KUALA LUMPUR, 20 Nov: Calon Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM), Datuk Wetrom Bahanda diumumkan menang kerusi Parlimen Kota Marudu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).
Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) memaklumkan keputusan pengundian di kawasan itu diterima pada pukul 6.40 pagi tadi.
“Wetrom meraih 24,318 undi dan majoriti sebanyak 8,174 undi,” kata SPR menerusi kenyataan media hari ini.
BERITA LANJUT MENYUSUL. -TVS