Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perikatan Nasional sedia bekerjasama dengan parti di Sabah dan Sarawak untuk bentuk kerajaan. Foto Bernama.

RASMI : PN sapu bersih tiga kerusi di Perlis

PUTRAJAYA, 20 Nov: Kemaraan Perikatan Nasional (PN) di Pantai Timur berterusan sehingga ke utara apabila menawan Perlis pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Keputusan rasmi yang diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menunjukkan PN menyapu kesemua tiga kerusi parlimen iaitu Arau, Kangar dan Padang Besar.

Datuk Seri Shahidan Kassim memulakan pesta PN di Perlis apabila menang kerusi Arau dengan majoriti 23, 216 undi.

Menariknya, pada PRU-14, Shahidan menang kerusi berkenaan di atas tiket Barisan Nasional (BN) dengan majoriti 4, 856 undi.

Menerusi keputusan yang diumumkan awal pagi ini, Shahidan yang juga bekas Menteri Besar Perlis menerima 31,458 undi berbanding Datuk Rozabil Abdul Rahman (BN – 8,242) dan wakil Pakatan Harapan (PH) Fathin Amelina yang mengumpul 7,089 undi.

Di Parlimen Kangar pula, PN menampilkan Zakri Hassan dan berjaya merampas kerusi itu daripada PH.

Zakri menang dengan majoriti 9,192 undi manakala penyandang, Noor Amin Ahmad dengan 15,143 undi.

Calon BN pula, Dr Fathul Bari menerima 15,370 undi.

Parlimen Padang Besar pula menyaksikan Rushdan Rusmi menang dengan majoriti 12,514 undi. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan