PUTRAJAYA, 20 Nov: Pakatan Harapan (PH) mendahului keputusan awal Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) setakat pukul 12.30 tengah malam tadi dengan memenangi 28 kerusi.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Ghani Salleh berkata, Gabungan Parti Sarawak (GPS) pula berada di tempat kedua dengan 20 kerusi.
“Parti Islam Se-Malaysia (PAS) memenangi 18 kerusi, diikuti Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) masing-masing memenangi 17 dan 16 kerusi,”katanya pada sidang media di Menara SPR di sini.
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Parti Tindakan Demokratik (DAP) pula masing – masing menang empat kerusi.
Keputusan di Sabah juga kata Abdul Ghani menyaksikan Parti Warisan Sabah (WARISAN) menang dua kerusi.
Sementara itu, Ikatan Demokratik Rakyat (MUDA) dan Parti Bangsa Malaysia (PBM) dan calon bebas setakat ini dengan satu kerusi.
Ini menjadikan sebanyak 112 kerusi telah dimenangi gabungan politik bertanding setakat ini. -TVS