Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Rubiah Wang. Foto: Hafeezzur Muzamir

PRU-15: Sokongan golongan muda sumbang kemenangan besar GPS di Kota Samarahan

ByHafeezzur Muzamir

KUCHING, 20 Nov: Pemenang kerusi Parlimen Kota Samarahan, Datuk Rubiah Wang menyifatkan kemenangan besar yang diperolehnya di kawasan tersebut bersandarkan kepada sokongan pengundi muda yang dilihat memberi kepercayaan kepada Gabungan Parti Sarawak (GPS) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Beliau yang juga penyandang Parlimen Kota Samarahan dua penggal berkata, sokongan daripada pengundi muda menunjukkan mereka percaya dengan dasar dan polisi yang dibawa oleh GPS di Sarawak.

“Apa yang kita peroleh daripada keputusan ini ialah golongan muda khususnya belia, mereka cenderung kepada GPS yang mana ini menunjukkan mereka mempercayai usaha kita.

“Sokongan mereka akan meningkatkan moral kita (GPS) untuk meneruskan perancangan yang kita sudah rangka terutama membabitkan pembangunan, “ katanya ketika ditemui di ‘War Room’ GPS di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, malam tadi.

Menurutnya lagi, kepercayaan yang diberikan oleh pengundi muda kepada GPS itu turut akan memperkukuh dan memperkasa kekuatan gabungan itu bagi terus memperjuangkan kepentingan rakyat di negeri ini.

Rubiah Wang mempertahankan Parlimen Kota Samarahan selepas memperoleh sebanyak 42, 278 undi menewaskan calon dari Pakatan Harapan (PH), Abang Abdul Halil Abang Naili yang  memperoleh 12,833 undi.

Ia menyaksikan Rubiah menang dengan majoriti 29,445 undi, sekali gus memastikan beliau kekal menjadi wakil rakyat di kawasan itu buat kali ketiga berturut-turut sejak PRU-13. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan