KUCHING, 20 Nov: Datuk Hasbi Habibollah berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Limbang bagi Gabungan Parti Sarawak (GPS).
Beliau memperoleh 14,897 undi dengan majoriti undi 9,998.
Hasbi menewaskan Racha Balang daripada Pakatan Harapan yang meraih 4,899 undi.
Keputusan rasmi diterima kira-kira pada jam 1.30 pagi.
Dengan keputusan ini, GPS telah rasmi memenangi 22 daripada 31 kerusi Parlimen di Sarawak. – TVS
Berita berkaitan PRU-15: GPS berjaya tambah bilangan kerusi dimenangi