Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak merangkap Pengerusi GPS, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg merakam kenangan bersama pemimpin GPS di BCCK.

PRU-15: GPS harap Malaysia bentuk kerajaan persekutuan stabil selepas ini

ByFarah Diyana Samsuddin

KUCHING, 20 Nov: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berharap kerajaan persekutuan yang stabil dapat dibentuk selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) ini.

“Saya harap Malaysia akan ada kerajaan yang stabil serta kuat untuk rakyat,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Penantian Keputusan PRU-15 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), di sini, malam tadi.

Sementara, Abang Johari mendedahkan setakat ini beliau belum lagi menerima sebarang tawaran daripada parti berpangkalan di Semenanjung Malaysia untuk bekerjasama dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

“Saya tidak ada sebarang butiran daripada rakan kita di Semenanjung tetapi saya boleh katakan mungkin akan terbentuk kerajaan campuran,” ujarnya.

Disoal pemberita sama ada GPS akan berpihak kepada Perikatan Nasional (PN) atau Pakatan Harapan (PH) berikutan keputusan PRU-15 menyaksikan keputusan dua komponen berkenaan sedang ke hadapan, sekali lagi Abang Johari menjelaskan pihaknya belum memutuskan sebarang keputusan.

Tambah Abang Johari, setakat ini juga beliau tidak menerima sebarang panggilan telefon daripada pemimpin-pemimpin parti di sana.

“Mungkin telefon saya tidak ada liputan,” jelasnya dalam nada berseloroh kepada pemberita.

Pada PRU-15 ini, Abang Johari mengumumkan GPS memenangi 21 kerusi tidak rasmi sementara pengumuman penjumlahan undi bagi 2 kerusi iaitu bagi Parlimen Limbang dan Parlimen Baram masih tertangguh susulan peti undi tidak dapat dibawa ke pusat penjumlahan undi pada malam ini ekoran banjir.

Namun, beliau optimis dua kerusi tersebut milik GPS kerana penjumlahan sedia ada direkodkan positif kepada gabungan itu.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan