Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bersama para pemimpin GPS di Kuching pada malam ini. Foto Amirah (TVS).

PRU-15: GPS berjaya tambah bilangan kerusi dimenangi

KUCHING, 20 Nov: Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) berjaya menambah jumlah kerusi Parlimen dimenanginya pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata GPS memenangi 21 kerusi daripada 31 kerusi Parlimen di Sarawak setakat jam 12 tengah malam.

Menurutnya, dua lagi kerusi yang diyakini akan menjadi milik GPS juga ialah Parlimen Baram dan Limbang yang masih tertangguh pengumumannya kerana peti undi belum dapat dibawa ke pusat penjumlahan undi ketika berita ini ditulis.

Jika mengambil kira keputusan Parlimen Baram dan Limbang, bermakna GPS menang 23 kerusi.

Menerusi PRU-14, GPS memenangi 18 kerusi Parlimen.

“Ini bermakna Sarawak mempunyai suara yang kuat dalam PRU-15. Sudah tentu GPS ada (menang) kerusi yang memuaskan pada pilihan raya umum ini,” katanya pada sidang media di sini pada malam Sabtu.

Keputusan penuh PRU-15 boleh didapati dengan melayari—– https://election.tvstv.my/pru15/sarawak

Abang Johari yang juga Premier Sarawak turut menyentuh sedikit tentang prestasi GPS. Antaranya, SUPP yang berjaya merampas kerusi Parlimen Sarikei. 

Beliau turut berpuas hati dengan prestasi enam calon wanita GPS.

Di Sarawak, pada pilihan raya kali ini, Pakatan Harapan (PH) bertanding di 22 kerusi, Parti Tindakan Demokratik (DAP – 8), Perikatan Nasional (PN – 4), Parti Sarawak Bersatu (PSB – 10), Bebas (11), Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS – 3) manakala Parti Bumi Kenyalang (PBK), Parti Bangsa Malaysia (PBM) dan Parti Sedar masing-masing satu kerusi.

PRU-15 membabitkan lebih 900 calon bertanding di 221 kerusi Parlimen di seluruh negara selepas Dewan Rakyat dibubar pada 10 Oktober lepas. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tempoh berkempen 14 hari selepas penamaan calon pada 5 November.

Di Sarawak terdapat 1,943,074 pengundi layak mengundi pada PRU-15 berbanding 1,220,960 pemilih yang direkodkan pada PRU-14 dan daripada jumlah itu seramai 975,618 orang adalah pengundi lelaki manakala pengundi wanita 967,456 orang.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan