Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Roy Angau Gingkoi ketika ditemui pemberita di ‘War Room’ GPS di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, malam tadi. Foto: Hafeezzur Muzamir

PRU-15: Bukan menang nasib – Roy Angau

ByHafeezzur Muzamir

KUCHING, 20 Nov: Roy Angau Gingkoi menyifatkan kemenangan yang dicapai di Lubok Antu bukanlah atas faktor menang nasib, sebaliknya merupakan sokongan daripada rakyat untuk melihat perubahan terutama dari segi pembangunan di kawasan tersebut.

“Saya tak anggap kemenangan ini sebagai nasib, walaupun majoriti kemenangan yang saya perolehi adalah tipis.

“Saya melihatnya dari sudut positif yang mana saya percaya pengundi di Lubok Antu mahukan satu perubahan,” katanya ketika ditemui pemberita di ‘War Room’ GPS di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, malam tadi.

Beliau memenangi Parlimen Lubok Antu dengan memperoleh sebanyak 6,644 undi menewaskan tiga pencabar lain iaitu Johnical Rayong Ngipa dari Parti Sarawak Bersatu (PSB) yang memperoleh 6,544 undi, penyandang Parlimen tersebut, Jugah Muyang dari Perikatan Nasioal (PN) yang memperoleh 5,360 dan Langga Lias dari Pakatan Harapan (PH) yang meraih 746 undi.

Ia menyaksikan, Roy Angau menang tipis dengan majoriti 100 undi.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai perancangan beliau selepas ini, Roy Angau memaklumkan beliau akan memberi keutamaan terhadap pembangunan infrastruktur di kawasan itu.

“Seperti apa yang saya perkatakan pada manifesto saya sebelum ini, saya akan mengutamakan pemerkasaan infrastruktur di kawasan ini kerana kita lihat beberapa projek penting telah dibatalkan sebelum ini, oleh itu saya bertekad mahu mengusahakan perkara itu,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan