Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perikatan Nasional sedia bekerjasama dengan parti di Sabah dan Sarawak untuk bentuk kerajaan. Foto Bernama.

PN mahu bekerjasama dengan parti di Sabah dan Sarawak bentuk kerajaan, tolak PH

ByLuqman Muhammad

SHAH ALAM, 20 Nov: Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, gabungan itu bersedia untuk bekerjasama dengan parti – parti politik lain yang menerima prinsip mereka dan seterusnya menubuhkan sebuah Kerajaan Persekutuan baharu yang lebih stabil.

Namun tegas Muhyiddin, PN tidak akan membentuk kerajaan dengan Pakatan Harapan (PH) dalam usaha mereka menuju ke Putrajaya.

“Demi menjamin kestabilan negara, saya menyeru parti yang menerima prinsip PN untuk membentuk kerajaan dan seterusnya menuju ke arah sebuah negara yang prihatin dan bersih,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis anjuran PN selepas keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) diumumkan di sini, awal pagi ini.

Setakat pukul 3.47 pagi ini, PN telah menang 51 kerusi parlimen manakala Pas di Terengganu dan Kelantan menang 22 kerusi.

Barisan Nasional (BN) pula jauh ketinggalan dengan hanya menang 30 kerusi manakala PH menang 73 kerusi.

Sementara itu, Muhyiddin berkata, PN juga akan menunaikan janji yang dibuat mereka ketika kempen. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan