Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pemenang kerusi Parlimen Puncak Borneo, Datuk Willie Mongin.. Foto: Amirah Shawel

Pelan pembangunan menyeluruh menanti Parlimen Puncak Borneo

ByAmirah Shawel

KUCHING, 20 Nov: Lebih banyak pembangunan menyeluruh dirancang akan dibawa ke kawasan Parlimen Puncak Borneo, kata pemenang kerusi Parlimen Puncak Borneo, Datuk Willie Mongin.

Beliau yang bertanding di bawah tiket Gabungan Parti Sarawak (GPS) berkata, kini mereka dapat bekerjasama rapat bersama Kerajaan Sarawak untuk membangunkan kawasan tersebut.

“Dengan adanya kesatuan dan kerjasama ini, terbukti kita dapat membawa kemenangan besar di Parlimen Puncak Borneo,” katanya ketika ditemui media di bilik perang (war room) GPS di BCCK di sini, pada Sabtu.

Beliau mengakui sebelum ini terdapat halangan untuk membangunkan kawasan tersebut kerana berbeza pendapat dengan pemimpin-pemimpin di Parlimen itu.

Katanya, perancangan yang dibawa bukan sahaja melibatkan pembangunan infrastruktur asas tetapi berpaksikan konsep 3K iaitu kebajikan, kerohanian dan kemahiran penduduk di kawasan Puncak Borneo.

“Kita merancang pelbagai aspek pembangunan sosioekonomi dan sekular ekonomi di Parlimen itu,” katanya.

Willie menang di kerusi Parlimen Puncak Borneo dengan undian sebanyak 29,457 mengalahkan calon Parti Sarawak Bersatu (PSB), Iana Akam dengan 5,578 undi dan calon Pakatan Harapan (PH), Diog Dios dengan 16,119 undi. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan