KUALA LUMPUR, 20 Nov: Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersedia menghadapi tempoh pembentukan kerajaan pasca Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) semalam.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, ketika ini semua elemen telah digerakkan untuk memastikan ketenteraman awam
“Sehubungan itu, polis akan mengambil tindakan tegas terhadap pihak tertentu yang dikesan cuba mengancam keselamatan negara,”katanya menerusi kenyataan media.
Sementara itu, Acryl Sani berkata, proses pembuangan undi semalam berjalan lancar dan berharap tidak ada pihak tertentu yang cuma menggugat ketenteraman awam.
Sementara itu keadaan di sekitar ibu negara dan Putrajaya hari ini tenang selepas PRU-15 yang keputusannya diumumkan sehingga awal pagi tadi.
Awal petang ini, polis melaksanakan beberapa sekatan jalan raya menuju ke Kuala Lumpur di Kota Darul Ehsan. -TVS