Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Muhyiddin berkongsi pertemuan beliau dengan Abang Johari menerusi hantaran di Instagram. Foto Instagram Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin adakan pertemuan dengan Abang Johari, bincang tubuh kerajaan

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 20 Nov: Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pagi ini.

Menerusi hantaran di Instagram, Muhyiddin berkata, pertemuan itu bertujuan untuk perbincangan pembentukan Kerajaan Persekutuan.

“Rundingan juga sedang dibuat dengan parti -parti lain yang sehaluan dan Ahli Parlimen bebas. InsyaAllah, Kerajaan Persekutuan akan dapat dibentuk dalam masa terdekat,”katanya.

Turut menyertai perbincangan berkenaan ialah Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) semalam menyaksikan situasi tergantung apabila tiada parti mendapat majoriti mudah untuk membentuk Kerajaan Persekutuan baharu.

PN menang 73 kerusi manakala Pakatan Harapan dengan 82 kerusi.
GPS pula menang 22 kerusi sementara BN mendapat 30 kerusi. -TVS 

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan