Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ahli MT UMNO, Datuk Onn Hafiz Ghazi meminta Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bertanggungjawab atas prestasi buruk BN pada PRU-15. Foto Facebook Onn Hafiz Ghazi.

MB Johor minta Zahid Hamidi letak jawatan

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 20 Nov: Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi meminta Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melepaskan jawatannya segera.

Onn Hafiz yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO berkata, Ahmad Zahid perlu berbuat demikian, seperti yang dilakukan oleh Datuk Seri Najib Razak selepas BN tumbang pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

“Kita sedia maklum bahawa tsunami politik orang Melayu telah berlaku dan menolak UMNO sehingga rebah.

“UMNO dan Barisan Nasional hanya menang sembilan kerusi Parlimen di Johor dan langsung tidak menang di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Melaka, Kelantan mahupun Terengganu,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Sementara itu beliau berkata, kesemua pemimpin UMNO perlu kembali mendengar suara rakyat yang telah diterjemahkan melalui undi mereka semasa PRU-15 semalam.

“Ramai pemimpin UMNO, MCA dan MIC yang berkaliber dan berpotensi terkorban kerana kita tidak mahu mendengar denyut nadi akar umbi.

“Kita semua perlu berani membuat perubahan kearah kebaikan demi masa depan parti dan usaha untuk memulih dan memperbaiki parti ini perlu bermula sekarang,”katanya.-TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan