Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ketika mengadakan sidang media malam ini. Foto:TVS

Masih awal untuk bincang jawatan Timbalan Perdana Menteri dari Sarawak

KUCHING, 20 Nov:Sarawak menyambut baik langkah melantik Timbalan Perdana Menteri dari negeri ini sekiranya ditawarkan jawatan itu menerusi pembentukan kerajaan baharu selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) kali  ini.

Bagaimanapun, Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Abang Openg berkata, masih terlalu awal untuk membincangkan  perkara itu.

“Ya…kita sokong jika kerajaan baharu nanti mahu melantik Timbalan Perdana Menteri dari Sarawak.

“Namun, masih terlalu awal untuk menentukan perkara ini kerana kita sendiri belum pasti pihak mana yang akan membentuk kerajaan,“ katanya ketika mengadakan sidang media di sini, malam ini.

Menjelas lanjut, katanya, jika kerajaan baharu nanti benar-benar mahu melantik jawatan Timbalan Perdana Menteri dari Sarawak biarlah jawatan itu dengan kuasa bukannya sekadar jawatan sahaja.

“Keutamaan kita pada masa sekarang ialah mahu menyelesaikan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang belum selesai sepenuhnya, kita memerlukan keputusan bersama dari Kerajaan Persekutuan, “ ujarnya.

GPS telah menang secara tidak rasmi sebanyak 21 kerusi daripada 31 kerusi Parlimen di Sarawak setakat ini.

Dua lagi kerusi yang diyakini akan menjadi milik GPS juga ialah Parlimen Baram dan Limbang yang masih tertangguh pengumumannya kerana peti undi tidak dapat dibawa ke pusat penjumlahan undi pada malam ini ekoran banjir. -TVS

 

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan