Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Beberapa kenderaan yang dipercayai membawa pemimpin politik dilihat memasuki kediaman Muhyiddin Yassin sepanjang hari ini. Foto Douglas Elliot (TVS)

Kediaman Muhyiddin Yassin jadi tumpuan ahli politik

KUALA LUMPUR, 20 Nov: Kediaman Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin di Bukit Damansara, di sini menjadi tumpuan ketua – ketua parti politik selepas Pilihanraya Umum ke-15 (PRU-15) semalam.

Sehingga lewat petang tadi, kira – kira tujuh kenderaan yang dipercayai membawa pemimpin PAS dilihat memasuki perkarangan rumah Muhyiddin pada pukul 3. 15 petang dan beredar kira – kira 45 minit kemudian.

Perjumpaan itu dipercayai bertujuan untuk perbincangan bagi pembentukan kerajaan baharu selepas kesemua gabungan politik yang bertanding pada PRU-15 semalam gagal mendapatkan majoriti mudah 112 kerusi.

Terdahulu, pada sebelah pagi, Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg turut mengadakan pertemuan bersama Muhyiddin yang turut dihadiri Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Perkara itu turut dikongsi Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh itu menerusi media sosialnya.

Sekitar pukul 5 petang, beberapa kenderaan yang dipercayai membawa pemimpin dan Ahli Parlimen dari Sabah turut  dilihat memasuki perkarangan kediaman Muhyiddin dan keluar selepas dua jam.

Ketika ini, petugas media yang berkampung di sini sedang menunggu kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang difahamkan akan turut bertemu Muhyiddin. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan