LAWAS, 19 Nov: Keputusan tidak rasmi kerusi Parlimen Lawas sehingga pukul 6.50 petang tadi menunjukkan calon Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Henry Sum Agong mendahului dua lawannya dengan 2,554 undi.
Calon Parti Sarawak Bersatu (PSB), Baru Bian pula meraih 2,721 undi manakala wakil Pakatan Harapan (PH), Japar Suyut jauh ketinggalan dengan sekadar meraih 326 undi.
Pada PRU-14, Henry Sum menang kerusi itu dengan majoriti 6,000 undi. -TVS