PUTRAJAYA, 19 Nov: Keputusan rasmi di Menara Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di sini menunjukkan Gabungan Parti Sarawak (GPS) menang satu lagi kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) hari ini.
Kerusi terbaharu itu dimenangi oleh Datuk Hanifah Hajar Taib dengan majoriti 15,686 undi menewaskan wakil Pakatan Harapan (PH) Abdul Jalil Bujang yang menerima 6,047 undi.
Pada 2018, Hanifah juga menewaskan lawan sama dengan majoriti 7,000 undi. -TVS
BERITA LANJUT MENYUSUL. -TVS