PUTRAJAYA, 19 Nov: Sehingga pukul 9.36 malam ini, Gabungan Parti Sarawak (GPS) terus menguasai pertandingan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) apabila menambah dua lagi kerusi.
Keputusan rasmi di Menara Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menunjukkan GPS menang di Parlimen Batang Sadong dan Lawas.
Calon muka baharu ditampilkan GPS, Rodiyah Sapiee meraih 18,668 undi dan menang dengan majoriti 14,893 undi ke atas lawannya, Lahaji Lahiya yang mewakili Pakatan Harapan (PH).
Sementara itu, GPS turut cemerlang mempertahankan kerusi Parlimen Lawas menerusi Datuk Henry Sum Agong dengan majoriti 5,677 undi. -TVS