Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Awangku Badaruddin Pengiran Hipni bersama Zaleha dan empat anak-anaknya selepas mengundi. Foto TVS.

PRU-15: Sekeluarga turun mengundi di pusat sama

KUCHING, 19 Nov: Enam sekeluarga termasuk empat pengundi muda tidak melepaskan peluang untuk menunaikan tanggungjawab mengundi pada Pilhan Raya Umum Ke-15, hari ini.

Awangku Badarudin Pengiran Hipni, 54, berkata empat anaknya – Awangku Afiq,24,  Awangku Faiz, 18, Dayangku Hazirah, 26, dan Awangku Aniq, 20, – begitu teruja untuk mengundi kali pertama.

“Anak-anak saya semua merupakan pengundi kali pertama. Kami bersama isteri saya, Zaleha mengundi di pusat yang sama, berdekatan rumah kami,” katanya kepada TVS, hari ini.

Mereka mengundi di pusat mengundi Pekarangan Tempat Letak kereta Masjid Taman Hussein dalam Parlimen Petra Jaya kira-kira pada jam 10 pagi.

“Aniq yang sedang mengikuti pengajian di Universiti Malaya balik ke Kuching semata-mata untuk mengundi,” katanya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan