Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ramlah Seri bersama keluarnya selepas membuang undi di SK Melayu Pusat Limbang hari ini (kiri) dan Sulaiman Tahir, selepas membuang undi di SK Melayu Pusat Limbang hari ini (kanan). Foto: Fiqri Razak (TVS)

PRU-15: Menyelusuri sungai Limbang – Lawas untuk mengundi

LIMBANG, 19 Nov: Menyelusuri sungai sejauh 64 kilometer atau 40 batu dengan bot ekspress dari Labuan ke Limbang tidak mematahkan semangat pemilih di sini menunaikan tanggungjawab mereka sebagai rakyat Malaysia hari ini.

Cabaran sedemikian dihadapi oleh seorang warga emas, Ramlah Seri, 60, yang mendedahkan dirinya dan keluarga tidak pernah melepaskan peluang untuk mengundi setiap kali pilihan raya berlangsung.

“Semalam keadaan sungai agak bergelombang tetapi Alhamdulillah, tiada perkara yang tidak diingini berlaku dan kami dapat menunaikan tanggungjawab kami sebagai pemilih kali ini,” katanya ketika ditemui TVS di pusat pengundian SK Melayu Pusat Limbang, di sini, hari ini.

Menurut Ramlah, situasi dirinya dan keluarga menaiki bot ekspress dari Labuan untuk ke Pekan Limbang merupakan rutin setiap lima tahun sekali untuk membuang undi akan menjadi kenangan manis buat mereka.

Sementara itu, bagi warga emas orang kelainan upaya (OKU) dari Kampung Seberang Kedai Limbang, Sulaiman Tahir, 70, menjelaskan kekurangan pada diri bukanlah alasan untuk beliau tidak melaksanakan tanggungjawab hari ini.

“Saya datang ke sini dengan menambang bot laju, walaupun keadaan saya macam ini, tapi itu bukan alasan tidak menurunkan undi kerana saya juga mahu menjadi pemilih seperti rakyat Malaysia yang lain,” katanya kepada TVS selepas membuang undi di SK Melayu Pusat Limbang, di sini, hari ini.

Untuk rekod, seramai 41,999 pemilih berdaftar yang layak mengundi di kerusi Parlimen Limbang pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) ini.

Mereka terdiri daripada pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Kota, dan juga DUN Batu Danau. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan