Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Calon GPS Parlimen Stampin, Lo Khere Chiang serta keluarga selesai mengundi di Pusat mengundi SK Garland pagi tadi. Foto Bong Yi Sien (TVS).

PRU-15: Lo Khere Chiang bersama keluarga mengundi di SK Garland

ByBong Yi Sien

KUCHING, 19 Nov: Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) Lo Khere Chiang turun membuang undi di Pusat Mengundi Sekolah Rendah Kebangsaan (SK) Garland di sini, jam 10:05 pagi tadi.

Menurut Lo, beliau ditemani oleh ahli keluarganya yang turut membuang undi di pusat mengundi yang sama.

Pusat mengundi SK Garland dibuka pada jam 7:30 pagi, terdapat sembilan saluran di pusat mengundi ini.

Kementerian Kesihatan Malaysia turut menempatkan pegawai kesihatan di pusat mengundi bagi membantu proses individu positif COVID-19 menunaikan tanggungjawab undi mereka.

Kerusi Parlimen Stampin  meyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Chong Chieng Jen dari parti DAP, Lo dari SUPP dan Lue Cheng Hing dari Parti Sarawak Bersatu (PSB).

Lo Khere Chiang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang dan Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan (MPP). – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan