Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pemenang Anugerah Guru Global 2021, Cikgu Tessy Rijem, 31 tahun, tidak sabar untuk menunjukkan jari berdakwatnya dan berkongsi pengalaman beliau mengundi di kampung halamannya di Bau kepada anak murid di SK Sungai Buloh, Selangau. Foto: Tessy Rijem

PRU-15: Guru cemerlang Sarawak tunjuk teladan baik turun mengundi

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

BAU, 19 Nov: Guru pertama di Sarawak merangkul Anugerah Guru Global pada tahun 2021, Tessy Rijem,31, sanggup pulang ke kampung halamannya di Bau demi menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi pagi tadi.

Guru yang berasal dari Kampung Serasot itu kini mengajar di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Buloh di Selangau antara lapan guru dari Malaysia yang telah memenangi anugerah itu.

Katanya, penting untuknya menunjukkan teladan baik kepada anak muridnya apabila beliau balik berkhidmat di sekolah kelak.

“Apabila digelar sebagai seorang pengajar, setiap perbuatan dan tindakan kita adalah dalam bentuk mendidik serta memberi kebaikan tidak kira kepada sesiapa sekalipun apatah lagi diri sendiri.

“Maka, dengan jari telunjuk yang bercelupkan dakwat kekal ini, saya dapat menerangkan serba sedikit mengenai proses pengundian dan sistem demokrasi yang diamalkan,” katanya ketika ditemui selepas mengundi  di Sekolah Rendah Kebangsaan (SK) Serasot di sini, hari ini.

Beliau turut mendedahkan bahawa kaedah inovatif dalam mengajar Bahasa Inggeris kepada pelajarnya serta komuniti setempat sehingga dapat menang anugerah berprestij itu.

“Selain mengadakan kelas, saya memperkenalkan idea lain seperti pertandingan menyanyi lagu Bahasa Inggeris, menggalakkan pelajar bercakap dalam Bahasa Inggeris sekerap mungkin apabila bersama komuniti mereka, memberi idea pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris sebenar menyeronokkan dan banyak lagi,” katanya.

Beliau juga berharap berharap agar kerajaan yang memerintah selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) ini dapat memainkan peranan untuk mengembangkan programnya dengan lebih jauh lagi menerusi bantuan yang sewajarnya.

Menurut Tessy, program inovasi Bahasa Inggeris untuk pelajar dan komuniti itu dirancang sepenuhnya oleh beliau dan tentunya akan dilaksanakan dengan lebih baik sekiranya ada bantuan daripada kerajaan termasuklah capaian internet.

Anugerah Guru Global merupakan sebuah anugerah yang dianjurkan oleh AKS Education Award, yang juga merupakan anugerah keguruan pertama di dunia yang mengiktiraf guru cemerlang dari seluruh benua dan komuniti di dunia.

Anugerah itu bertujuan untuk menyorot pencapaian serta sumbangan guru-guru cemerlang dari seluruh dunia untuk komuniti mereka dan membantu membina masyarakat menerusi ilham pengajaran yang kreatif dan inovatif di dalam dan di luar bilik darjah. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan