Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengundi yang ditemui di sebuah pusat pengundi di Sibu dan Bintulu menzahirkan rasa teruja. Foto: TVS

PRU-15: Belia di Sibu dan Bintulu teruja pertama kali ‘celup jari’

SIBU, 19 Nov: Pertama kali turun mengundi, rata-rata pengundi belia di sekitar Sibu dan Bintulu menzahirkan keterujaan serta bersemengat menunaikan tanggungjawab kepada negara hari ini.

Perasaan sedemikian dirasai oleh salah seorang pengundi belia dari Sibu, Syed Mohamad Amar sambil menganggap pengalaman pertama kali mengundi memberi makna buat dirinya kerana dapat merasai kemeriahan suasana di pusat mengundi.

“Saya berasa gembira kerana dapat melihat ramai orang turun mengundi terutamanya golongan belia. Saya berharap calon yang terpilih adalah calon yang baharu untuk kawasan Sibu ini,” katanya.

Bagi anak jati Sibu yang juga pengundi belia, Syazwin Nadia, kali ini juga merupakan pengalaman pertama beliau turun menunaikan tanggungjawab untuk menjadi pemilih kepada kerajaan baharu hari ini.

“Saya menunaikan tanggungjawab saya hari ini dengan perasaan yang teruja. Saya sebagai belia berharap banyak kemudahan akan dilaksanakan untuk rakyat termasuklah golongan belia selepas ini,” katanya.

Situasi sama bagi pengundi belia dari Bintulu, Christy Lunan Jabang, yang mengakui keterujaan berikutan golongannya berpeluang menurunkan undi untuk memilih pemimpin pada PRU-15.

“Saya berhak untuk membuat pilihan bagi menentukan kerajaan yang akan mentadbir nanti,” katanya.

Tidak ketinggalan teruja ‘celup jari’ buat kali pertama bagi Anastasia Sieu merupakan peluang anak muda menyuarakan pilihan mereka.

“Saya berharap kerajaan yang menang kali ini akan dapat memberikan kebaikan kepada rakyat,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan