Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tan Sri Abdul Ghani Salleh. Foto Bernama

Pilihan Raya DUN Tioman pada 7 Dis

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 19 Nov: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman akan berlangsung pada 7 Disember depan.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh berkata, pihaknya telah menerima Writ Pilihan Raya yang dikembalikan oleh Pegawai Pengurus Bahagian Pilihan Raya Parlimen Rompin hari ini berhubung kematian calon Perikatan Nasional (PN), Md Yunus Ramli.

“SPR telah mengadakan Mesyuarat Khas hari ini dan menetapkan bahawa satu Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15)  DUN Tioman, Pahang perlu diadakan semula,”katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Md Yunus meninggal dunia kira-kira 3.30 pagi ini di Hospital Rompin, Pahang.

Bagi PRU-15, DUN Tioman menyaksikan pertembungan lima penjuru antara Md Yunus, Sulaiman Bakar (Bebas), Osman A. Bakar (Pejuang), Mohd Fadzli Mohd Ramly (Pakatan Harapan) dan Datuk Seri Mohd Johari Hussain (Barisan Nasional).

Sementara itu, Abdul Ghani turut memaklumkan, hari penamaan akan berlangsung pada 24 November manakala hari mengundi awal pada 3 Disember. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan